Memahami fungsi, saiz A B C D, hingga cara mengukur bra adalah suatu keperluan yang penting bagi penggunaannya supaya sesuai dengan bentuk badan.
Cara Mengenali Saiz Bra Bersesuaian Dengan Tubuh Anda
Mungkin masih ada segelintir wanita-wanita di luar sana belum mahir mencari padanan saiz bra yang betul dengan tubuh badan. Jika anda membeli bra yang tidak sesuai dengan bentuk dada, sudah pasti kesannya sangat dirasai lebih-lebih lagi di bahagian bahu. Bukan saja di bahu tetapi ia juga terasa di bahagian dada.Fungsi coli sebenarnya adalah untuk melindungi tisu payudara dan memastikan payudara disokong dengan baik
Usah risau lagi, anda boleh saja memiliki bra yang di minati dengan mengukur saiz bra yang padan dengan tubuh badan. Perasankah anda, pada label bra terdapat banyak nombor untuk merangkumi saiz bra tersebut. Nombor itu adalah ukuran lilitan ataupun perimeter di sekeliling bahagian tulang rusuk dan abjad itu juga merujuk pada saiz cup bra yang anda pilih.
Masib belum faham? Mari berpandukan apa yang telah kami lampirkan di bawah dengan tepat.
1. Ukur band size
Cuba lilitkan tali pengukur ke sekeliling bahagian tulang rusuk yang bermula dari bahagian bawah buah dada. Hembuskan sedikit nafas dan jangan berdiri terlalu tegak. Lakukan dalam posisi mendada ke depan seperti biasa.
Ukuran dalam bentuk inci yang akan anda perolehi itu adalah band size. Nombor yang ada menunjukkan nombor yang terdapat dalam saiz bra. Dijadikan contoh, andai kata ukurannya bersaiz 34 dan ukuran bra anda kemungkinan adalah 34C. Jika anda mendapat ukuran nombor ganjil sila bundarkan nombor tersebut kepada nombor genap yang seterusnya.
2. Ukuran lilit di sekeliling bahagian dada
Lakukan lilitan di sekelilingbahagian dada bersesuaian dan jangan mengukur terlalu ketat. Buah dada anda mungkin saja terpenyek jika penggunaan bra yang tidak sesuai dan buah dada anda tidak sepatutnya mendapat layanan sebegitu. Perolehi ukuran bra anda dalam bentuk inci.Cara pertama dan mudah untuk tahu saiz bra mana yang bersesuaian dengan dada anda. Jika anda mempunyai ukuran seperti 0.5 maka anda hanya perlu bundarkan saja nombor tersebut. Sila berpandukan pada gambar di bawah untuk kepastian.
3. Tolakkan band size dengan ukuran lilitan pada dada
Nombor yang ada pada lilitan dada tadi anda boleh tolakan dengan nombor ukuran pada band size. Perbezaan nombor hasil dari penolakan kedua-dua nombor maka itulah nombor penentu saiz bra yang anda pakai. Jika ianya kurang dari 1 inci, maka itulah saiz yang sesuai untuk anda pakai.- 1 inci bersamaan cup A
- 2 inci bersamaan cup B
- 3 inci bersamaan cup C
- 4 inci bersamaan cup D
- 5 inci bersamaan cup DD
Contoh ukuran bra
Katakan ukuran dada anda adalah 36.5 inci (dibundarkan ke 37 inci) dan band size anda adalah 33 inci (dibundarkan ke nombor genap 34 inci). Perbezaan di antara kedua-dua nombor itu adalah 3 inci. Jadi saiz bra yang ideal untuk anda adalah 34C.Dah faham caranya? Cuba ukur pula dan dapatkan bra yang sesuai dan selesa. Jika ukuran dada anda adalah 36.5 inci kemudian bundarkan ia menjadi 37 inci dan band size anda adalah 33 inci caranya pun sama hanya perlu bundarkan menjadi nombor genap seperti 34 inci. Apa yang membezakan keduanya adalah hanya 3 inci sahaja. Maka saiz bra yang harus anda miliki adalah 34C.
Sekarang semestinya anda sudah faham bagaimana caranya bukan? Apa tunggu lagi, cuba ukur dan dapatkan bra yang selesa dan bersesuaian dengan saiz dada anda. Selamat mencuba.
Sumber : bukanaku.com
CARA MENENTUKAN UKURAN SAIZ BRA ANDA
Antara satu soalan yang sering ditanya oleh customer saya adalah cara nak tentukan saiz bra yang dipakai.Mungkin ada sesetengah customer saya mengalami perubahan saiz bra selepas berkahwin dan bersalin, jadi mereka tidak tahu saiz yang sepatutnya diambil.
Kebanyakan ibu lepas bersalin memang akan mengalami perubahan pada saiz bra mereka kerana dari saat anda hamil lagi payudara telah membina lebih banyak tisu-tisu untuk memuatkan kalenjar-kalenjar susu menyebabkan saiz payudara agak padat dan besar daripada biasanya.
Oleh itu anda perlu tahu untuk mengukur saiz bra anda iaitu dengan 2 cara berikut:
1.Band Size (ukur lilit badan anda)
2.Cup size (ukuran cawan.)
Bagaimana pula nak mengukurnya????
Cara 1 Band size
Pakai bra semasa mengukur sambil berdiri. Ukur di sekeliling bawah payudara.
Jika mendapat nombor genap, tambah 4 inci.
Jika mendapat nombor ganjil, tambah 5 inci.
>Contoh nya ukur lilit bawah payudara anda bersamaan 75 cm.
>Kemudian 75 cm adalah bersamaan dengan 29 inci
Untuk mendapatkan saiz ukuran bra anda ambil 29 inci tambah 5 inchi, hasilnya adalah 34 inchi.
>Oleh itu,kalau anda mahu membeli bra, boleh terus cari bra saiz 34/75.
Berikut ialah ukuran daripada lilit bawah payudara (band size) :
> lilit bawah payudara 63-67cm ukuran anda adalah 30/65
>llit bawah payudara 68-72cm ukuran anda adalah 32/70
>lilit bawah payudara 73-77cm ukuran anda adalah 34/75
>lilit bawah payudara 78-82cm ukuran anda adalah 36/80
>lilit bawah payudara 83-87cm ukuran anda adalah 38/85
>lilit bawah payudara 88-92cm ukuran anda adalah 40/90
>lilit bawah payudara 93-97cm ukuran anda adalah 42/95
>lilit bawah payudara 98cm-102cm ukuran anda adalah 44/100
Cara 2 cup size
Ukur lilit terlebih dahulu bahagian paling menonjol payudara hingga ke belakang. Di bahagian terpadat payudara. Jangan terlalu ketat atau terlalu longgar.
Contohnya anda dapat 31.
Jadi untuk dapatkan saiz cup bra yang sesuai bersamaan:
Ukur lilit bahagian palin menonjol payudara- band size = saiz cup anda
31 - 29 = 2 inchi
Jika nombornya sama, saiz cup anda ialah A.
Jika nombornya berbeza 1 inci, saiz cup anda ialah B.
Jika nombornya berbeza 2 inci, saiz cup anda ialah C.
Jika nombornya berbeza 3 inci, saiz cup anda ialah D.
Jika nombornya berbeza 4 inci, saiz cup anda ialah E.
= Jadi saiz cup anda adalah c
Jadi ukuran bra anda adalah 34C
Kesilapan didalam memilih saiz bra boleh menyebabkan pengudaraan yang tidak nyaman dan tidak keselesaan kepada anda.
NURSING BRA SET COMBO 3 PCS RM29 SAHAJA HANYA DI LAZADA ORDER NOW!
Sumber : azahazenan.blogspot.com
Catat Ulasan for "Memahami fungsi, saiz A B C D, hingga cara mengukur bra adalah suatu keperluan yang penting bagi penggunaannya supaya sesuai dengan bentuk badan."